Monday, April 6, 2009

NATURAL FARMING (NF)

NF adalah satu kaedah pengeluaran yang menggunakan sumber semulajadi termasuk mikroorganisma setempat, baja berasaskan tumbuhan dan haiwan serta faktor persekitaran (air,udara,cahaya mataharidan tanah)Faktor-faktor tersebut dapat membantu meningkatkan populasi dan aktiviti hidupan.

Dengan peningkatan taraf hidup, Masyarakat kini lebih cenderong memilih bahan makanan berkualiti dan selamat dari sisa kimia.Jabatan pertanian mengalakkan petani/pengusaha menceburi dalam perladangan Organik. Ini juga meningkatan pendapatan petani/ pengusaha memandangakan harga barangan makanan yang berasaskan organik pada amnya adalah 2-3 kali lebih tinggi dari yang bukan organik.

NF adalah satu kaedah pengeluaran bagi menghasilkan tanaman makanan organik.Ia telah lama diamalkan oleh petani di Korea.

PENYEDIAAN INDIGENOUS MICROORGANISM (IMO)


Bahan-bahan :
Nasi Sejuk / NAsi Dingin
Gula merah
Air Beras Dedak Beras (rice bran)

Peralatan yang diperlukan
Bekas kayu/plastik/seramik (kedalaman bekas sekurang-kurang 10 cm)
tali
kertas putih

cara membuatnya
nasi diletakkan dalam bekas (setinggi 7 sm). Tutup dengan kertas dan ikat dengan tali.

Letakkan bekas tadi dibawah pokok buluh disungkup dengan daun buluh atau jerani padi atau daun kering selama 2-3 hari.Tutup dengan pelindung hujan

Nasi yang telah difermentasikan dikenali IMO 1 - diselaputi maiselium yang berwarna putih digaulkan dengan gula merah dengan kadar (1:1) isipadu.

Simpan campuran di atas didalam bekas selama 5hari dan tutup dengan kertas.
(hasilnya dikenali sebagai IMO 2 dan berwarna perang serta melekit.

ambil 1 gram IMO 2 + 10 kg dedak beras + 2 Liter air beras (yang diperam selama 3 hari) dengan kelembapan 65%. Kemudian ditutup dengan jerami/guni/ daun pisang dan dibiarkan 3-5 malam dikenali IMO 3.

Campurkan 1 bahagian IMO 3 dan 1 bahagian tanah dengan kelembapan 65%.Tutup dengan jerami/guni/daun pisang dan dibiarkan 3-5 hari dikenali IMO4.

CAmpuran IMO 4 + tahi ayam kadar 1:10 dengan kelembapan 65 %. BAlikkan selepas seminggu. Selepas 2 Minggu boleh digunakkan sebagai IMO 5 dengan kadar 2-3 tan/ha.



JOM CUBA......

lukisan

lukisan