Monday, April 6, 2009

NATURAL FARMING (NF)

NF adalah satu kaedah pengeluaran yang menggunakan sumber semulajadi termasuk mikroorganisma setempat, baja berasaskan tumbuhan dan haiwan serta faktor persekitaran (air,udara,cahaya mataharidan tanah)Faktor-faktor tersebut dapat membantu meningkatkan populasi dan aktiviti hidupan.

Dengan peningkatan taraf hidup, Masyarakat kini lebih cenderong memilih bahan makanan berkualiti dan selamat dari sisa kimia.Jabatan pertanian mengalakkan petani/pengusaha menceburi dalam perladangan Organik. Ini juga meningkatan pendapatan petani/ pengusaha memandangakan harga barangan makanan yang berasaskan organik pada amnya adalah 2-3 kali lebih tinggi dari yang bukan organik.

NF adalah satu kaedah pengeluaran bagi menghasilkan tanaman makanan organik.Ia telah lama diamalkan oleh petani di Korea.

PENYEDIAAN INDIGENOUS MICROORGANISM (IMO)


Bahan-bahan :
Nasi Sejuk / NAsi Dingin
Gula merah
Air Beras Dedak Beras (rice bran)

Peralatan yang diperlukan
Bekas kayu/plastik/seramik (kedalaman bekas sekurang-kurang 10 cm)
tali
kertas putih

cara membuatnya
nasi diletakkan dalam bekas (setinggi 7 sm). Tutup dengan kertas dan ikat dengan tali.

Letakkan bekas tadi dibawah pokok buluh disungkup dengan daun buluh atau jerani padi atau daun kering selama 2-3 hari.Tutup dengan pelindung hujan

Nasi yang telah difermentasikan dikenali IMO 1 - diselaputi maiselium yang berwarna putih digaulkan dengan gula merah dengan kadar (1:1) isipadu.

Simpan campuran di atas didalam bekas selama 5hari dan tutup dengan kertas.
(hasilnya dikenali sebagai IMO 2 dan berwarna perang serta melekit.

ambil 1 gram IMO 2 + 10 kg dedak beras + 2 Liter air beras (yang diperam selama 3 hari) dengan kelembapan 65%. Kemudian ditutup dengan jerami/guni/ daun pisang dan dibiarkan 3-5 malam dikenali IMO 3.

Campurkan 1 bahagian IMO 3 dan 1 bahagian tanah dengan kelembapan 65%.Tutup dengan jerami/guni/daun pisang dan dibiarkan 3-5 hari dikenali IMO4.

CAmpuran IMO 4 + tahi ayam kadar 1:10 dengan kelembapan 65 %. BAlikkan selepas seminggu. Selepas 2 Minggu boleh digunakkan sebagai IMO 5 dengan kadar 2-3 tan/ha.



JOM CUBA......

Monday, March 2, 2009

salam sejahtera


Berikutan ekonomi negara yang semakin meleset,banyak program2 yang dijalankan untuk membantu menaikkan ekonomi isi rumah.contohnya kerajaan menjalankan program bumi hijau, insentif pengeluran makanan dan sewaktunya...
So, marilah kita sama-sama menjayakan program jabatan pertanian

Wednesday, February 25, 2009

Insentif Pengeluaran Tanaman

Insentif Pengeluaran Tanaman

tujuan kerajaan bemberi insentif kepada pengusaha yang pengusahakan tanah adalah untuk mengurangkan beban berikutan kenaikan kos input pertanian dan juga menggalakkan peningkatan pergeluran tanaman makanan contoh buah-buahan dan sayur-sayuran.....

Kadar insentif yang dipersetujui seperti berikut :
1. sayur-sayuran dan tanaman kontan = RM 81.00 / metrik tan

2. Buah-buahan = RM 78.00 / metrit tan


Syarat-syarat yang berkelayakan adalah seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Pengusaha individu, Syarikat dan Institusi
  • Mengusahakan tanah sendiri,disewa, dipajak atau lain-lain status tanah yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkaitan.
  • Mempunyai rekod ladang
  • Berdaftar dibawah jabatan pertanian semenanjung, Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Pertanian Sabah dan Serawak.
  • Pemberian insentif layak diberi berdasarkan kepada permohonan dengan menggunakan borang pendaftaran yang khusus.
  • Mempunyai Akaun di agro Bank.

UNTUK KETERANGAN LANJUT ATAU PENDAFTARAN SILA HUBUNGI JABATAN PERTANIAN DAERAH BERHAMPIRAN....

Insentif akan diberikan berdasarkan kepada pengeluaran hasil yang dijual sahaja....

KURSUS BUMI HIJAU DI KG. PELANTAR & KG. LENGKONG

Hari ini, saya dan 2nd boss saya mengajar kepada penduduk Kg. Paya Pelantar dan Kg. Lengkong mengenai BUMI HIJAU.















Ini adalah sebahagian penduduk yang hadir bersama mendengar taklimat dan penerangan daripada Pen. Pegawai Pertanian Daerah Bentong, En. Khairul Zamar.

lukisan

lukisan